Tuesday, 11 August 2015

Rabitah Hati

Bismillah...

Seusai solat Zohor, aku berteleku di tikar sembahyang. Fikiran aku melayang pada adik2 usrahku. Apa khabar mereka agaknya. Sudah lama aku tidak tanyakan khabar mereka. Sihatkah? Sakitkah? Gembirakah? Berdukakah? Entah..semuanya di bawah pengetahuan Allah . Menghadapi peperiksaan yang berderet-deret menyebabkan aku ter 'lost contact' dengan mereka. Bukan setakat mereka, sahabat2 lain juga. Betapa lemahnya aku Tuhan. Aku tunduk. Sungguh diri ini tidak mampu untuk menjaga mereka semua. Hanya padaMu aku berserah segalanya. Kerana aku yakin pengharapan pada Tuhan itu tidak pernah mengecewakan. Malah membahagiakan. Malah hati jauh juga terasa Allah dekatkan .Rabitah hati.

Ayang, Uda dan Ateh, semuanya berada di Malaysia. Aku sedang menghitung hari menunggu kepulangan mereka. Cepatlah balik, kerana hati ini kadang2 tidak mampu lagi untuk menahan rindu. Tidak sabar mendengar celoteh mesra mereka. Aku tersenyum sendirian. Hanya doa kukirim dari Tanah Syams ini. Moga sentiasa dibawah lembahyung rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen


Yang tinggal, Alang, Adik dan Acik. Hampir setiap hari aku bertemu dengan Alang kerana sem ini aku ditakdirkan satu kelas dengan dia. Namun tiada bicara panjang antara kami.Selepas kelas, aku bergegas ke kelas atau peperiksaan lain pula. Kami hanya sempat bersalaman dan berpelukan. Moga kasih sayang ini mendapat redhaMu Tuhan. Aku dapat menatap wajahnya setiap hari pun sudah kusyukuri. Moga baik2 alang :)

Adik, orang sibuk dalam persatuan. Kadang2 takut juga nak ganggu orang hebat ini. Kami sering ber whatsapp. Sesekali kami  bertukar tazkirah. Bertukar cerita. Cuma baru2 ini adik request

"Along, nak pinjam satu hari boleh x?

Aku sebak. Mungkin kerana kesibukan aku menghadapi peperiksaan sehingga kadang2 aku terlupa ada 'amanah' yang perlu aku jaga. Tuhan, ampuni aku. Saat adik berkata begitu, mahu sahaja aku jumpa dengannya pada hari itu juga. Tapi apakan daya, aku punya hal lain yang perlu aku selesaikan. Ah..manusia sering kali beralasan. Aku berharap Allah takdirkan pertemuan aku dengan adik...ameen

Acik..fikiran aku lebih tertumpu kepada acik sejak selesai solat tadi. Sudah lama tidak mendengar khabar berita adik aku yang seorang ini walaupun dia ada di sini.

tak pe la, jap lagi  aku mcg dia, hatiku berkata2. Aku mencapai telefon bimbit. Melihat sekiranya ada mesej penting masuk. Tiba2..satu mesej masuk. Aku terpempan. Acik...

Along, tahniah sebab dah habis exam. 

Ya Allah, besarnya kuasaMu. Betapa Allah sangat mendengar bisikan hatiku. Kuatnya rabitah hati ini. Betapa kuasa Allah itu sangat hebat. Tiada siapa yang mampu tanding. Tiada kata yang mampu kuungkapkan di kala ini. Letaklah pengharapan dan keyakinan itu pada Dia, nescaya kau akan merasai kasih sayangNya. Percaya dan yakinlah

No comments:

Post a Comment