Friday, 7 August 2015

Nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan

Aku termenung sendirian. Memikirkan kehendak hati yang bergejolak. Hati tidak tenang seolah meminta sesuatu. Aku meraup muka .

'Oh Tuhan, apa lagi yang hati ini mahukan', hatiku merintih. Mengharapkan belas kasihan daripada Pemilik Hati. Hakikatnya Dia lebih mengetahui

Saat Allah memberikan aku pelbagai nikmat yang melimpah ruah, aku masih lagi resah.

"Sedikit sekali kamu yang bersyukur", al-mulk:23

Firman Tuhan menjentik hati. Ya memang betul. Sukar sekali hati ini hendak bersyukur dengan nikmat yang Tuhan beri. Aku selalu mengharapkan perkara yang tidak ada tetapi melupakan perkara yang telah ada. Aku tunduk.

"Dan ingatlah, ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka pasti azabku sangat berat". ibrahim:7

Teringat perkongsian daripada adik usrah. Panjang berjela dia whatsapp aku tentang ayat ini. Aku terharu. Peringatan Tuhan yang Allah wasilahkan kepada dia. Bersyukurlah apa yang kamu ada nescaya kamu bahagia :)

Terima kasih adik,,,Terima kasih Tuhan

Nikmat manakah lagi yang ingin aku dustakan

Aku dekat

Kau dekat

Dekat dengan Tuhan:')

No comments:

Post a Comment